google.com
Jika kita perhatikan alam ciptaan Illahi ini,
berbagai-bagai pengajaran dapat diteladani dari kejadian alam. Antara makhluk
ciptaan Allah yang kita dapat perhatikan adalah burung.
Burung jika diperhatikan dari kawasan yang
bermusim dingin akan sentiasa berhijrah ke kawasan yang lebih panas. Memang
sudah menjadi lumrah alam penghijrahan tersebut dilakukan secara berkumpulan.
Dan dalam setiap perkumpulan tersebut pasti ada seorang ketua yang sentiasa
berada di hadapan. Selain memiliki ketua, sekumpulan burung ini turut berhijrah
mengikut formasi tertentu iaitu formasi berbentuk V. Secara saintifiknya formasi
ini menghasilkan satu bentuk aero-dinamik yang membahagikan rintangan angin
kepada setiap ahli burung yang sekaligus memudahkan penghijrahan jika
dibandingkan dengan penghijrahan berseorangan. Maka untuk membentuk formasi
tersebut amatlah penting akan wujudnya komponen perpaduan dan kerjasama di
kalangan burung tersebut. Subhanallah, bertapa tingginya hikmah penciptaan
burung itu.
Marilah kita melihat realiti hari ini. Keadaan umat
Islam hari ini jelas sekali terumbang-ambing. Kita seolah-olah menjadi ‘pak
turut’ terhadap segala apa ideologi yang dilaungkan oleh musuh-musuh kita.
Sehinggakan isu-isu besar yang menyentuh soal agama sekalipun tidak diendahkan.
Tiada lagi sensitiviti terhadap isu yang menimpa saudara-saudara sendiri
sepertimana yang menimpa tanah Palestina. Tiada lagi kesepaduan di kalangan kita
sepertimana yang ditonjolkan oleh sekumpulan burung tadi. Masing-masing mahu
hidup ‘nafsi-nafsi, lu punya suka, gua punya suka’. Masing-masing tak
mengendahkan apa yang menimpa orang lain asalkan hidup sendiri bahagia.
Menyingkap kembali zaman kegemilangan Islam di
kala dahulu, seluruh umat Islam di seluruh dunia disatukan di bawah satu
pemerintahan dan ketaatan setiap rakyat ditujukan kepada satu khalifah.
Kesepaduan di saat itu amatlah jelas kukuh dan semua umat Islam bagaikan
anggota-anggota badan manusia. Jika tangan terluka seluruh tubuh merasai
kesakitannya. Jika kaki dijangkiti kuman seluruh tubuh berkerjasama untuk
menyembuhkannya. Alangkah indahnya saudara-saudara sekalian. Sifat seperti
inilah yang difirmankan oleh Allah dalam kalam-Nya; Allah sekali-kali tidak
menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya…(33:4). Dalam satu badan
manusia hanya ada satu hati dan dalam satu umat juga hanya ada satu hati.
Ayuh semua. Di sini diri ini menyeru kepada diri
sendiri dan kalian semua untuk bersama-sama kita membina kekuatan ukhuwwah di
antara kita. Ukhuwwah yang didasarkan atas aqidah hanya kepada Allah Taala
semata-mata. Sedarlah bahawa perselisihanlah yang menyebabkan kita
berpecah-belah. Ingatlah perintah Allah dalam surah al-Hujuraat ayat 10:
Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah
(perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah,
supaya kamu mendapat rahmat. InsyaAllah Islam pastikan tertegak kelak.
Bagikan artikel ini bila bermanfaat. "Barangsiapa yang menunjukkan kepada suatu kebaikan, maka dia memperoleh pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya" (HR. Muslim)
Sign up here with your email
Jika ada kesalahan silahkan berkomentar. Terima kasih telah saling mengingatkan dalam kebaikan dengan memberikan kritik dan saran. ConversionConversion EmoticonEmoticon